Episod 15 Surah Al Mulk Ayat 22-24

Episod 15 Surah Al Mulk Ayat 22-24

Author: Media Selangor March 16, 2025 Duration: 7:46

📖 Surah Al-Mulk, Ayat 22-24

Kita sering melihat kejayaan sebagai hasil usaha dan kekuatan sendiri, tetapi ayat-ayat ini mengingatkan bahawa segala yang kita miliki yakni harta, kuasa, dan rezeki, semuanya datang dari Allah SWT.

Dalam episod kali ini, kita akan menyelami tafsiran ayat yang menegaskan perbezaan antara mereka yang berjalan di jalan kebenaran dan mereka yang sesat dalam keangkuhan. Saksikan perbincangan bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dalam 30 Hari 30 Ayat.

#30Hari30Ayat

#Ramadan2025

#KitaSelangor


Bulan Ramadan yang penuh barakah kembali menyapa, dan bersama sinarnya, 30 Hari 30 Ayat hadir semula sebagai teman pengisian rohani. Podcast ini, dibawakan oleh Media Selangor, adalah sebuah perjalanan harian sepanjang bulan suci, di mana satu ayat Al-Quran akan dikupas dan dihayati secara mendalam untuk dijadikan pedoman praktikal. Pengisian tahun ini dijamin lebih bermakna dengan kehadiran Farhatul Fairuzah, Juara Qariah Kebangsaan dan Antarabangsa, yang akan melantunkan bacaan indah setiap ayat. Beliau akan ditemani oleh tiga pembimbing ulung: Ustaz Faiz Fateh al-Azhari dan Habib Ali, yang akan menyelami tafsir serta intipati setiap ayat yang dibincangkan. Melalui siri podcast ini, pendengar bukan sekadar mendengar bacaan, tetapi diajak untuk memahami konteks, rahsia, dan pengajaran yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian. Setiap episod dirancang untuk menyentuh hati dan minda, mengukuhkan ketakwaan, dan membawa kita lebih dekat dengan kalam Ilahi. Ia adalah ruang untuk berefleksi, belajar, dan menyemai amalan kebaikan secara beransur-ansur sepanjang tiga puluh hari. Dengan gabungan suara merdu dan kupasan ilmu yang jelas, podcast ini sesuai dijadikan rutin harian untuk mereka yang ingin memaksimumkan keberkatan Ramadan. Dengar dan hayati setiap episod sebagai langkah kecil untuk transformasi diri yang lebih besar.
Author: Language: Malay Episodes: 30

30 Hari 30 Ayat
Podcast Episodes
Episod 2 Surah Al-Fatihah Ayat 1-2 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 7:36
📖 Dua ayat pertama dalam Surah Al-Fatihah bukan sekadar lafaz biasa, tetapi turut berkisar konsep ketauhidan dan kebesaran Allah SWT.Bagaimana ‘Bismillah’ menjadi kunci keberkatan dalam setiap langkah kehidupan? Apa makn…
Episod 30 Surah An Nas Ayat 4-6 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 7:15
📖 Episod 30 – Surah An-Nas : Perlindungan Terakhir Hari ini kita menutup tirai dengan Surah An-Nas. Ayat-ayat perlindungan yang menjadi perisai hidup kita daripada bisikan jahat, luar dan dalam. Nafsu, syaitan, manusia d…
Episod 29 Surah An Nas Ayat 1-3 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 5:14
📖 Surah An-Nas, Ayat 1-3Saat kita semakin hampir ke penghujung Ramadan, kita diajak untuk kembali mengenali siapa pelindung sejati kita.Tiga ayat pertama surah ini menyusun dengan indah: Allah sebagai Pencipta, Pemilik,…
Episod 28 Surah An Nas [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 6:49
📖 Surah An-Nas – Permintaan Perlindungan di Penghujung RamadanSemakin hampir ke hujung Ramadan, kita diajar untuk memohon perlindungan daripada bisikan halus yang boleh merosakkan akidah dan iman. Surah An-Nas bukan seka…
Episod 27 Surah Al Waqiah Ayat 68-74 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 8:08
📖 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 68–74Air yang kita minum, api yang kita nyalakan, tanaman yang tumbuh, dan zuriat yang lahir — semua ini adalah nikmat yang Allah ciptakan dengan kasih sayang-Nya.Episod ke-27 ini membawa kita me…
Episod 26 Surah Al Waqiah Ayat 63–67 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 6:48
📖 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 63–67Pernahkah kita merenung, siapa sebenarnya yang menumbuhkan tanaman di bumi ini? Benihnya kita tanam, tetapi hanya Allah SWT yang mampu menumbuhkannya. Itulah antara mesej besar dalam ayat ya…
Episod 25 Surah Al Waqiah Ayat 57-62 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 7:17
📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 57-62Al-Quran menjemput kita berfikir, apakah manusia dicipta tanpa tujuan? Dalam episod ini, kita melihat bagaimana ayat-ayat ini mengajak kita merenung penciptaan manusia, proses kematian, dan k…
Episod 24 Surah Al Waqiah Ayat 47-56 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 7:49
📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 47–56Episod ini membawa kita menyelami satu peringatan keras daripada Allah SWT kepada golongan yang enggan mempercayai hari kebangkitan. Mereka mempersoalkan kehidupan selepas mati, malah mencemu…
Episode 23 Surah Al Waqiah Ayat 41-46 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 7:04
📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 41-46Dalam episod ke-23 ini, kita menyelami kisah ashabul syimal, golongan yang menerima catatan amalan dengan tangan kiri. Ayat ini menggambarkan azab yang pedih di akhirat akibat kealpaan terhad…
Episod 22 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 27-40 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 7:31
📖 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 27-40Ashabul Yamin, golongan yang menerima catatan amalan dengan tangan kanan. Dalam episod kali ini, kita menyelami nikmat luar biasa yang dijanjikan kepada mereka yang bermujahadah untuk taat d…