30 Hari 30 Ayat

30 Hari 30 Ayat

Author: Media Selangor Language: Malay Episodes: 30
Bulan Ramadan yang penuh barakah kembali menyapa, dan bersama sinarnya, 30 Hari 30 Ayat hadir semula sebagai teman pengisian rohani. Podcast ini, dibawakan oleh Media Selangor, adalah sebuah perjalanan harian sepanjang bulan suci, di mana satu ayat Al-Quran akan dikupas dan dihayati secara mendalam untuk dijadikan pedoman praktikal. Pengisian tahun ini dijamin lebih bermakna dengan kehadiran Farhatul Fairuzah, Juara Qariah Kebangsaan dan Antarabangsa, yang akan melantunkan bacaan indah setiap ayat. Beliau akan ditemani oleh tiga pembimbing ulung: Ustaz Faiz Fateh al-Azhari dan Habib Ali, yang akan menyelami tafsir serta intipati setiap ayat yang dibincangkan. Melalui siri podcast ini, pendengar bukan sekadar mendengar bacaan, tetapi diajak untuk memahami konteks, rahsia, dan pengajaran yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian. Setiap episod dirancang untuk menyentuh hati dan minda, mengukuhkan ketakwaan, dan membawa kita lebih dekat dengan kalam Ilahi. Ia adalah ruang untuk berefleksi, belajar, dan menyemai amalan kebaikan secara beransur-ansur sepanjang tiga puluh hari. Dengan gabungan suara merdu dan kupasan ilmu yang jelas, podcast ini sesuai dijadikan rutin harian untuk mereka yang ingin memaksimumkan keberkatan Ramadan. Dengar dan hayati setiap episod sebagai langkah kecil untuk transformasi diri yang lebih besar.
Episodes
Episod 21 Surah Al-Waqi’ah: Ayat 12 – 26 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 8:55
📖 Surah Al-Waqi’ah: Ayat 12 – 26Syurga itu nyata, nikmatnya terlalu besar untuk digambarkan. Dalam episod kali ini, kita menelusuri perihal ganjaran istimewa buat golongan Muqarrabun, ahli syurga yang paling istimewa. Hi…
Episod 20 Surah Al Waqiah Ayat 7-11 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 7:19
📖 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 7-11Tiga golongan pada Hari Kiamat: golongan kanan, golongan kiri, dan golongan yang mendahului (as-sabiqun). Siapakah golongan yang paling hampir dengan Allah?Dalam episod ini, kita menyelami ma…
Episod 19 Surah Al Waqiah Ayat 4-6 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 6:07
📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 4-6Bayangkan dunia yang kita kenali musnah dalam sekelip mata. Gunung-ganang yang megah menjadi debu, bumi yang teguh bergoncang hebat, itulah janji hari kiamat.Apakah tanda-tandanya? Bagaimana ki…
Episod 18 Surah Al Waqiah Ayat 1-3 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 6:40
📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 1-3Hari kiamat itu pasti datang. Tiada siapa yang mampu menghalangnya, tiada kuasa yang mampu menundukkannya. Dalam episod kali ini, kita menyelami gambaran dahsyat hari akhir seperti yang dinyata…
Episod 17 Sural Al Mulk Ayat 28-30 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 8:31
📖 Surah Al-Mulk: Iman, Tawakal & Nikmat AllahTiga ayat terakhir dalam Surah Al-Mulk mengingatkan kita tentang usaha dakwah Rasulullah ﷺ, kepentingan iman dan tawakal, serta nikmat air yang dianugerahkan Allah. Bagaimana…
Episod 16 Surah Al Mulk Ayat 25-27 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 7:38
📖 Surah Al-Mulk, Ayat 25-27Manusia sering bertanya, “Bila hari kiamat?” namun Al-Quran mengajar kita bahawa yang lebih utama adalah persiapan, bukan ramalan. Ayat ini mengingatkan kita bahawa hari pembalasan itu nyata, d…
Episod 15 Surah Al Mulk Ayat 22-24 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 7:46
📖 Surah Al-Mulk, Ayat 22-24Kita sering melihat kejayaan sebagai hasil usaha dan kekuatan sendiri, tetapi ayat-ayat ini mengingatkan bahawa segala yang kita miliki yakni harta, kuasa, dan rezeki, semuanya datang dari Alla…
Episod 14 Surah Al Mulk Ayat 19-21 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 7:46
📖 Surah Al-Mulk, Ayat 18-21Ayat-ayat ini mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah SWT yang mutlak. Manusia sering merasa aman dalam kehidupan, namun ayat ini memberi peringatan bahawa azab Allah boleh datang pada bila-b…
Episod 13 Surah Al-Mulk, Ayat 16-18 [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 7:30
📖 Surah Al-Mulk, Ayat 16-18Dalam episod kali ini, kita akan menghayati peringatan Allah tentang kekuasaan-Nya serta bagaimana kita perlu sentiasa bersyukur dan bertakwa dalam mencari rezeki.📌 Saksikan perbincangan penuh…
Hanya 7 Ayat, Tapi Mengandungi Seluruh Intipati Al-Quran! [not-audio_url] [/not-audio_url]

Duration: 9:38
📖 30 Hari 30 Ayat: Memahami Surah Al-Fatihah dengan Lebih Mendalam 📖Alhamdulillah, Ramadan tahun ini kita kembali dengan 30 Hari 30 Ayat – satu perjalanan ilmu yang membawa kita menghayati dan memahami al-Quran dengan le…